Sunday, June 15, 2008

Masalah Akses Internet (2)

Ada beberapa unit/jabatan di UiTM terengganu ini terpaksa menggunakan hub / switch lain untuk connect pc kerana node tidak mencukupi. Ada sesetengah tu sampai share 4 pc untuk satu Node... Biasa benda ni jadi sebab bila ada renovation bilik dan ada pertambahan staff/pc... Kalau nak tunggu diwujudkan node baru mmg lambat la.. sebab nak kena tambah cabling baru. Tu tak semak lagi samada kat W/Group Switch tu masih ada free port ke tak... So.. cara paling mudah adalah dengan meletakkan satu unit switch/hub. Model yang biasa digunakan adalah D-Link ataupun Office Connector sebab murah dan mudah.

Walaupun begitu adalah diingatkan tengok label model tersebut baik2 sebelum membeli... sebab kalau terbeli yang model 'router'.. akan ada masalah untuk akses internet. Ini kerana fungsi router lebih advance dr fungsi switch... dan yang paling penting, router boleh generate no ip sendiri. Dan selalunya no ip utk router adalah bukan di dalam LAN kita (cth no ip: 169.172.x.x, maka akan berlakunya limited IP)... Maka sudah terang lagi bersuluh, internet tidak akan dpt diakses melalui pc yang connect menggunakan hardware ini. (lebih2 lagi setelah kita mewujudkan VLAN dan adanya DHCP Server).

Kes lain menggunakan switch/hub , sekiranya confirm bukan router tetapi ada juga masalah Limited IP, apa yang perlu di buat adalah dengan reboot switch/hub tersebut. Perkara ini biasanya berlaku sekiranya ada berlaku power failure yang kerap.

Cmd Prompt disabled ...

Dah lama tak jumpa masalah untuk buka Command prompt ni... sebab le ni... Antivirus di UiTM ini.. insyaallah dah boleh tahan sikit... mana yang dah di install dengan Karspersky (yang genuine, bukan pirate).. updated dah patches dan pattern nya... Cmd prompt ni selalunya kita guna (kalau kat pc user la..) sebab nak tau ip pc (kena guna cmd ipconfig). Ye lah ... semua dah guna Dynamic IP, so, kat setting TCP/IP tu takkan nampak ip pc. Cara yang glamer dan mudah, kita gunakan Cmd Prompt ni.

Untuk itu, untuk mengingatkan balik sesiapa yang pernah berhadapan dengan error mesg , " The command prompt has been disabled by your administrator" ... ada 3 cara untuk mengatasinya..

Cara pertama:
Anda klik Start -> Run dan copy dan paste la entry di bawah;

REG add HKCU\Software\Policies\Microsoft\Windows\System /v DisableCMD /t REG_DWORD /d 0 /f

Cara kedua:
  • Click Start, Run, type gpedit.msc and click OK.

  • Navigate to User Configuration \ Administrative Templates \ System

  • Double-click the Prevent access to the command prompt

  • pilih option "Not Configured"
p/s: Cara ini hanya valid jika anda menggunakan Windows XP Profesional

Cara ketiga:
Ni kena berhati2 sikit... sebab edit terus kat registry... salah edit... lain jadinya...

Click Start -> Run ... type in regedit dan tekan Enter,
  • Open Registry Editor (Regedit.exe) and navigate to:

[HKEY_CURRENT_USER\Software\Policies\Microsoft\Windows\System]

  • In the right-pane, double-click DisableCMD and set it's data to 0
Kebanyakkan kes, dengan menggunakan cara yang pertama tu dah ok... tp kalau tak menjadi... mungkin kena tgk semua cara... kalau tak boleh jugak... bersiap sedia la...

Monday, June 2, 2008

Keyboard Error - DC 7600

Hari ini sahaja, dalam masa selang 10 minit, ada aduan dari 2 org pengguna HP Compaq DC7600 yang mengatakan keyboard mereka tidak berfungsi. Cursor keras kejung... So, kalau jadi camni, apa nak buat ek??

Salah satu caranya yang diamalkan di sini ialah;
off pc tersebut, cabut kabel keyboard dr port USB yang asal dan cuba tukar ke port USB lain. Kemudian, on kan pc semula. Insyallah, masalah selesai.

Hmmm.. macam2 kes pulak ngan pc model HP Compaq ni ek... ? Factory default ke?? Kita pun tak boleh nak kata la.. Kita ni hanya menerima sahaja apa yang HQ bagi.. Lagipun, biasalah... orang2 tua pun ada kata, kalau dalam 10 adik beradik tu mesti ada sorang yang lain sikit.. jadi.. kita andaikan camtu je la...