Wednesday, April 30, 2008

Sistem FAIS-Sharing Printer

Anda mungkin tiada masalah untuk sharing printer dr pc anda ke pc lain. Dokumen dr pc lain boleh dihantar untuk tujuan cetak ke pencetak anda. Namun begitu bagi pengguna sistem FAIS (Financial Accounting Information System), ada sedikit pertambahan konfigurasi sebelum anda boleh mencetak sekiranya anda ingin mencetak ke pencetak di komputer lain.

Anda kena pastikan
1. Pencetak tersebut telah diinstall ke dalam pc anda (sharing printer). Andaikan no_ip pc yang anda sharing adalah 10.60.100.100. Nama pencetak: HP Laserjet 1300
2. Bila dah berjaya (gunakan option test printing) , Log in ke sistem FAIS.
3. Di menu sistem FAIS, Klik File ->Printer Setup
4. Pilih option "To Windows Printer"
5. Select printer ->cth: \\10.60.100.100\HP Laserjet 1300
6. Klik Page Setup
- untuk tujuan menu OT(Tuntutan Gaji Lebih Masa), taip Line: 66, columns: 150
* setting page setup ini hendaklah dilakukan setiap kali anda login ke sistem FAIS.
7. OK

Tuesday, April 29, 2008

Lotus Notes Group

UiTM's Address Book yang disediakan oleh Lotus Notes Client adalah untuk menyimpan semua maklumat staff yang berdaftar dengan sistem email Lotus Notes.Salah satu kegunaannya ada untuk menyemak ahli-ahli atau commitee members dalam group yang telah diwujudkan. Di sini disertakan step untuk view/semak Group di dalam UiTM's Address Book.
  • Buka Lotus Notes.
  • Di sebelah kiri, klik icon ‘Databases” dan klik "Workspace"
  • Double Click UiTM’s Address Book on trg2
  • Skrin yang memaparkan semua maklumat email akan dipaparkan
  • Pilih Groups dan cari Group yang dikehendaki, cth: Ahli MPD UITMCTKD ( klik sekali di atas senarai nama group dan skrin search text akan dipaparkan) . Klik Search.
  • Group “Ahli MPD UITMCTKD” akan dipaparkan. Double Click untuk melihat senarai nama member Group tersebut.


Sunday, April 27, 2008

Konfigurasi ISIS (Wolfgang/Amadeus)

Sistem ISIS dibangunkan untuk menguruskan maklumat pelajar secara integrasi dan on-line bagi memudahkan urusan berkaitan pelajar. Dengan adanya sistem ini, pelajar2 seluruh UiTM hendaklah selalu menyemak sebarang perubahan kursus dan pembelajaran melalui Student Portal di URL http://istudent.uitm.edu.my/stp/home/main2.asp.

Disebalik maklumat2 yang dipaparkan untuk pelajar ini, staff dari Bahagian HEA adalah diperlukan membuat pengemaskinian melalui url http://wolfgang/isis. atau http://amadeus/isis

Untuk skrin wolfgang ini, sedikit konfigurasi perlu dibuat sebelum sistem boleh digunakan.
Pertamanya, perlu membuat editing untuk hosts di dir C:\windows\system32\drivers\etc. Dengan menggunakan program notepad, edit file hosts tersebut dengan menambah entry
10.0.10.19 wolfgang
10.0.10.20 amadeus
Pastikan tekan save sebelum exit.

Keduanya, buka Internet Explorer -> tools -> Internet Options -> Security , pastikan untuk Local Intranet, Security level adalah "Low"

Jadi, sekiranya ada masalah "Page cannot be displayed", cubalah semak 2 entry ni... Untuk peringatan, sistem ISIS melalui wolfgang/amadeus ini hanya boleh menggunakan pelayar Internet Explorer sahaja.




Error E-Cuti untuk Pegawai yang Meluluskan

Mulai 2008 ini, semua staff di UiTM Terengganu dikehendaki mengisi borang cuti secara online melalui aplikasi E-Cuti di I-Staff Portal. Staff perlu mendaftar dahulu sebelum boleh menggunakan aplikasi ini.

Bagaimana untuk login?? klik sahaja pautan Pendaftaran di URL ini:- http://aplikasi.uitm.edu.my/Portal_I-Staf/skrin/ .

Ikutlah arahan2 yang diberikan dan pastikan maklumat emel anda adalah tepat kerana sistem akan menghantar sebarang jawapan/respon ke mailbox anda.

Untuk sistem E-Cuti, Pegawai yang Melulus kadangkala pernah berhadapan dengan error mesg seperti " The value of the atrribute to, which is currently "....../Tganu/Uitm@uitm is invalid." ketika ingin meluluskan cuti staff di bawah seliaannya. Ini adalah disebabkan maklumat email staff yang ingin memohon cuti tidak tepat atau tidak sah sebagaimana di dalam UiTM'S Address Book (Email Lotus Notes).

Sekiranya berlaku masalah ini, pihak yang memohon cuti hendaklah membuat pengemaskinian atas maklumat peribadi mereka di Sistem Ekiosk Peribadi dan kemaskini kolum Alamat Emel. Boleh semak alamat email melalui UiTM's Address Book di Lotus Notes.

Oleh kerana error mesg ini hanya appear semasa proses meluluskan cuti, maka Pegawai yang Melulus hendaklah memaklumkan perkara ini kepada staff seliaannya. Selagi tidak diedit, selagi itu mesg tersebut akan dipaparkan setiap kali staff tersebut memohon cuti. Untuk makluman, cuti pemohon tetap diluluskan tetapi tiada jawapan kelulusan melalui email akan diterima oleh si pemohon, sebagaimana yang sepatutnya.

Sharing Printer

Sistem rangkaian adalah amat penting dewasa ini. Dengan adanya sistem rangkaian ini, banyak perkara dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah. Salah satu kebaikan adanya sistem rangkaian adalah kemudahan "Sharing Printer". Dengan ini, mana2 pc yang mempunyai printer sendiri boleh berkongsi dengan pc2 lain yang tiada printer tetapi mempunyai kemudahan rangkaian.

Apa yang perlu ada untuk sharing printer ini??

1. Komputer A. Andaikan A adalah computer_name dengan ip_no : 10.60.200.1
2. Printer A yang telah diinstall di komputer A.
3. Komputer B.
4. Sistem rangkaian untuk kedua2 komputer.

Apa langkah2 untuk setup sharing printer?
1. Untuk komputer A
- Start -> Printer & Faxes
- Right click printer yang ingin di 'shared' dan pilih option "sharing"
- Tick * Share this printer
- OK
- simbol tangan akan appear di printer yang telah kita select utk 'sharing'

2. untuk komputer B
- Start -> Run
- taip \\computer_name atau no_ip -> OK
eg: \\A atau 10.60.200.1
- Double click printer yang dipaparkan.
- OK

Selamat mencuba.

Thursday, April 24, 2008

::Debug Error E-Filing::

LHDN telah membangunkan sistem online untuk menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dikenali dengan nama E-Filing. Anda semua boleh mengemaskini sebarang perubahan, tunggakan dan sebagainya di situ sebelum mengesahkan penghantaran. Sila klik URL ini untuk maklumat lanjut-: https://e.hasil.org.my/

Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan agar anda menggunakan Browser IE6 dan ke atas kerana bagi yang menggunakan browser below than that akan mendapat error mesg, " Debug error - object not found" setiap kali anda tekan butang "Seterusnya". Mungkin kena tambah sikit caution di footer tersebut "Paling sesuai dengan paparan resolusi 1024 x 768 + IE6 and above". BTW... nowadays, most browser dah guna IE7... http://www.microsoft.com/windows/downloads/ie/getitnow.mspx

How about Firefox?? boleh guna tak untuk E-Filing ni...?? boleh... tiada masalah.. Jadi, tunggu apa lagi??? Tunaikan kewajipan anda....

Skrin monitor terbalik??

Pernah tak anda menghadapi masalah seperti ini...?? Skrin monitor anda terbalik ??
Start button dok belah atas, dan anda terpaksa meng'adjust' kepala anda senget sehingga 180 darjah... ;o)

Bagi mereka yang menggunakan windows XP... ekceli, never facing this problem using previous OS... anda boleh adjust/baiki masalah ini dengan step2 di bawah:-

  • Di Desktop, klik kanan, dan pilih Graphic Options -> Graphic Properties
  • Select tab 'Rotation'
  • Tick Normal...
  • Apply...
  • OK
Tapi, sekiranya anda mmg jenis terbalik... spiderman kot.. mmg suka tgk dr atas... maybe boleh select option skrin terbalik ni... ;o)

Wednesday, April 23, 2008

Clone / Ghost

Cara mudah untuk membuat restoring pc. Kalau menggunakan proses format yang biasa, untuk seunit atau 2 unit pc mungkin tiada masalah. Tetapi sekiranya sehingga lebih 10 unit, jenuh jugak nak tunggu.

Salah satu cara yang paling famous digunakan adalah dengan membuat clone/ghost ke atas pc yang sama jenis.

Apa yang diperlukan untuk clone pc??? Sudah tentunya 'Master Disk' perlu diwujudkan terlebih dahulu. Semua program atau application yang perlu untuk pc tersebut hendaklah diinstall terlebih dahulu ke dalam 'master' ini. Dan yang penting sekali, pastikan tiada virus atau worm atau trojan atau apa2 sahaja la yang sewaktu dengannya di dalam 'master' tersebut. Kalau tak, sia2 je la nak clone semua pc dengan 'master' yg ada 'bendasing' tersebut.

keduanya, kita perlukan jugak disket 'ghost'. Macamana nak buat disket 'ghost' ni? Salah satunya boleh la di setup menggunakan program Norton Ghost 2003.

Setelah ada kedua2 tools ni, baru la kita boleh proceed dengan proses peng'klon'an ni. Pastikan disket 'ghost' telah di masukkan ke dalam drive A. 'Master' disk dipasang di slot hard disk, manakala hard disk yang nak di'clone' di pasang di slot CD Drive. Disk ini akan berfungsi sebagai 'slave'.

Di CMOS setup pulak, pastikan di boot order, sistem akan run dulu Drive A:\... By default, kebanyakkan pc memang dah setup camtu... tetapi in case tak cam tu, kena lah setup dulu.

Kemudian, restart la pc semula... dan biar kan sahaja proses berjalan. Ikutlah arahan2 yang dipaparkan semasa proses tersebut berlaku. Dengan proses clone ini, anda boleh format 30 unit pc hanya dengan masa, paling lama pun... 3 jam... sekali ngan pasang casing tu... compare kalau format cara konvensional, 1 unit mahu sampai 1,2 hour.

Ada lg cara yang famous utk buat cloning ni... dengan menggunakan CD image... tp tu lain kali la pulak...

selamat mencuba.