Wednesday, May 28, 2008

Masalah Akses Internet (1)

Hari ini dapat aduan dari pengguna yang mengatakan beliau tidak boleh akses ke internet. Bila minta test connection menggunakan ping di cmd prompt, ada reply.... Akses Lotus Notes, sistem FAIS semua ok... tapi tak boleh surfing.

Rupa2nya di Internet Explorer, di setting LAN Connection ada no lain yang tidak perlu dimasukkan. Sejak guna DHCP ni, mmg jarang2 la kita usik kat Internet Option ni... sebab di server DHCP dah dimasukkan no ip utk proxy server.

So, kesimpulannya, jika ada kes seperti ini, semak2 la dalam Tools -> Internet Option-> Connection-> LAN Settings , pastikan tiada petak yang di tanda... Biarkan semua nya blank.

Tapi jangan ambik assumption semua kes accessing internet ni selesai dengan cara yang saya berikan tadi... Byk lagi kes yang melibatkan masalah akses ke internet ini tapi cara penyelesaiannya berbeza sebab masalahnya pun berbeza cuma keywordnya sahaja yang sama "masalah akses internet"

Email - Compacting Database -

Di UiTM Terengganu, semua pengguna Lotus Notes hanya diberi saiz mailbox sebanyak 100Mb sahaja. Hanya orang2 tertentu sahaja yang diberi saiz lebih dari itu. Untuk itu, adalah diminta semua pengguna menyelenggara sendiri mailbox masing2 supaya tiada masalah untuk menggunakan email.

Administrator telah menetapkan sekiranya saiz mailbox melebihi 90Mb, message akan dipaparkan mengatakan saiz telah mencapai quota, ".... Database disk quota exceeded". Sekiranya anda menerima message seperti ini, sudah tiba masanya untuk anda melakukan langkah2 ini:-

  1. Buang emel yang lama dan yang tidak penting.
  2. Simpan lampiran(attachment) ke dalam hard disk anda.
  3. Buang juga dokumen di dalam folder "sent" yang sudah lama dan tidak perlu.
  4. Memastikan membuat option " Empty Trash" ke atas folder "Trash" .
  5. Membuat "Compacting Database" dengan cara spt di bawah:-
    • Klik File -> Database -> Properties
    • Pilih tab "I" dan tekan butang "Compact"
Proses 'compacting' ini mengambil masa 1/2 jam hingga 1 jam, bergantung kepada keadaan server ( sibuk atau tidak). Walaupun proses 'compacting' ini tidak wajib dilaksanakan setiap hari kerana server telah di'setup' untuk membuat proses tersebut setiap tengah malam, namun begitu, adalah lebih baik sekiranya pengguna membuat penyelenggaraan sendiri ke atas mailbox masing2. Dapat buat 2,3 hari sekali pun dah bagus. Kesian jugak server nak buat semua compacting tu untuk 600 - 700 user. Dahlah server tu uzur dah... umur dah cukup masa untuk dibuat pelupusan...

Bagi anda yang memang jenis suka simpan email lama2.. mungkin boleh pilih untuk membuat "archiving" atau pun copy to local. Cuma, bare in mind, kalau nak format pc ke... pastikan folder2 tersebut di backup sekali... kalau tak.. selamat laaa... Untuk setting archive dan copy to local ni, akan saya maklumkan di lain hari.

Wednesday, May 21, 2008

I-Staff Portal - Versi Vista

Bagi pengguna pc OS Vista, mungkin untuk pertama kalinya memasuki sistem i-staff portal akan berhadapan dengan situasi yang agak kurang menyenangkan. Ini kerana OS Vista mempunyai tahap keselamatan yang agak tinggi sekiranya ingin memasuki mana2 laman web. Dengan web filtering la, protected mode lagi, pop-up blocker... jadi user akan banyak di tanya sama ada ingin install atau bagi permission untuk setiap link yang ingin dibuka. Lebih2 lagi jika melibatkan ActiveX scripting.

Walaupun begitu, banyak kes, ianya hanya berlaku sekali sahaja. Pastikan sekiranya ada message di ruangan bar pelayar, baca arahan tersebut. Untuk menggunakan i-staff portal, anda memang perlu install Java dan juga Adobe Flash Player. Selagi kedua2 program ini tidak di install ke dalam pc Vista anda, setiap kali itu lah akan dipaparkan message tersebut di bar pelayar dan anda tidak akan dapat akses ke portal tersebut.

Bagi pengguna i-staff portal yang ada authority untuk akses "sistem pengurusan maklumat", anda akan berhadapan dengan masalah untuk memaparkan paparan laporan kerana format laporan menggunakan perisian ColdFusion (cfm) yang mana pelayar anda akan mengkategorikan skrin ini sebagai satu 'Pop Up'. Oleh itu, setiap kali untuk paparan anda kena allows pop up tersebut.

Salah satu shortcut yang boleh anda buat untuk case seperti ini ini adalah dengan memberi permission untuk url ini dipaparkan tanpa perlu anda klik message bar setiap kali untuk laporan tersebut. Caranya dengan memilih option " Always allows pop up from.." dari message bar tersebut dan anda masukkan URL http://aplikasi.uitm.edu.my , dan tekan butang "Allow".

Tuesday, May 20, 2008

ICRESS - Error msg "Component 'COMCTL32.OCX..."

Sistem ICRESS dibangunkan untuk memudahkan jadual kelas disediakan. Untuk installation ICRESS ikuti langkah2 ini:-
  1. Buka Internet Explorer (tidak digalakkan menggunakan browser lain)
  2. Open URL http://icress.uitm.edu.my/sss/
  3. Pilih " Run SSS ODBC Manager" -> ikut arahan yang dipaparkan. *
  4. Setelah selesai, pilih " Install Smart Scheduling System". Ikut arahan yang dipaparkan.*
  5. Klik "Run Smart Scheduling System (SSS)".
note :
  • * Step 3 dan 4 hanya dilakukan sekali sahaja di setiap pc
  • * Pastikan anda memilih "Run atau Open" bukan "save"
  • Step 1,2 dan 5 dilakukan setiap kali ingin memasuki sistem ICRESS.
Setelah step2 di atas dilakukan, anda sepatutnya tiada masalah untuk menggunakan sistem tersebut. Walaupun begitu, sekiranya ada berhadapan dengan error mesg " Component 'COMCTL32.OCX' or one of its dependencies not correctly registered:a file missing or invalid:339", anda perlu membuat sedikit troubleshoot ke atas sistem windows anda.

Caranya adalah dengan :-
  1. download file "library.zip" dari http://icress.uitm.edu.my/sss/library.zip
  2. save file tersebut di desktop (atau di mana2 yang anda suka)
  3. extract file tersebut ke dalam c:\windows\system32 ->(directory windows)
  4. Sekiranya ada error / warning , just ignore.
  5. Restart ICRESS.

Lotus Notes - ID Expired

Setiap pengguna Lotus Notes diberi ID yang jangka hayatnya adalah 2 tahun. Kebiasaanya... 2,3 bulan sebelum ID tersebut mencapai tarikh luputnya, sistem akan memaparkan warning kepada pengguna Lotus Notes sebelum akses ke mailbox masing2. Selagi pengguna tersebut tidak membuat "Renew Certify ID" seperti yang diarahkan, selagi itu la warning tersebut akan dipaparkan.

Walau pun begitu, acapkali pengguna tidak membuat arahan yang diberikan memandangkan mereka tiada masalah untuk akses mailbox mereka. Untuk memperbaharui ID tersebut, pengguna perlu melakukan langkah2 spt di bawah:-

  1. Open Lotus Notes
  2. Klik File -> Security -> User Security
  3. Masukkan kata laluan anda
  4. Tekan butang "Renew" ( anda boleh tau tarikh ID anda expired di sini)
  5. Select "Continue"
ID ini akan dihantar kepada OA Terengganu/TGANU/UiTM.

OA Terengganu akan menghantar satu emel yang mengandungi ID yang telah di perbaharui. TIDAK PERLU membuka lampiran yang diberikan. Anda hanya perlu select Action -> Accept Certificate ( arahan ini diberikan di tajuk subjek email dari OA Terengganu).

Sekiranya anda mendapat error mesg " ...... your certificate has been expired. Contact ur admin..." , anda hendaklah menghubungi OA Terengganu atau pun telefon Call Center USMB UiTMT untuk tindakan selanjutnya. Bila kes cam ni, dah tak boleh buka mailbox anda... so.. tak boleh la ikut step yang dinyatakan spt di atas.

Sunday, May 18, 2008

Installation SPSS 16.0.1

PSMB Shah Alam telah mengedarkan perisian SPSS ver 16.0.1 baru2 ini. Terdapat sedikit perubahan untuk mengaktifkan Licensed yang telah diberi. Semasa installation, user akan memasukkan Authorization Code yang telah diberikan oleh pihak PSMB. Bila selesai proses installation, user hendaklah membuka program Licensed Authorization Wizard yang disediakan oleh SPSS untuk mendapatkan licensed yang sah.

Sila ikuti langkah2 di bawah:-

  1. Launch license authorization wizard. Click -> Start
  2. Select “ Use Authorization code via email” Click -> next ( must have email uitm)*
  3. Enter ur attached Authorization Code & details of ur company. Once done, click “send Email”
  4. Check ur mailbox. Find mail sent from service@spss.com and resend to license@spss.com.my
  5. U will receive your license code. Once received, launch License Authorization Wizard again and the new license code.
note : * Oleh kerana ada masanya sistem Lotus Notes tidak berfungsi in terms of accessing to outsider, anda juga boleh menggunakan email lain (yahoo, gmail, msn, etc ) tetapi pastikan at the footer, anda meletakkan signature yang mempunyai email rasmi UiTM.

tambahan: *
tumi said... cc sekali di tumijan@salam.uitm.edu.my , utk tujuan rekod..

Email dari spss.com.my yang mengandungi License No dan Authorization Code akan dihantar. Ikut arahan yang diberikan oleh pihak SPSS iaitu:-

Instructions to update the license code for SPSS- site environment:
1) Click on the "Start Menu", select All Programs > SPSS Inc > SPSS 16 > Click SPSS 16.0 License Authorization Wizard
2) Select "License my product now", click on the "Next" button
3) Type the Authorization Code in the "Enter Code" box. Click on the "Next" button
4) Choose the "Telephone" option, click on the "Next" button to continue.
5) Copy & Paste (Ctrl V) the License Code that matches with the Lock Code. Click on the "Next" button
6) Click on the "Finish" button. You have successfully updated the license code.

Untuk makluman, setiap code adalah untuk satu installation. Oleh yang demikian, adalah dinasihatkan email yang digunakan adalah untuk user yang anda install.

Sekiranya untuk tujuan testing, SPSS 16.0.1 menyediakan trial version untuk 14 hari.

Tuesday, May 13, 2008

HP Compaq DC7700 - PC Berbunyi

Sebilangan user yang menggunakan Pc HP Compaq DC7700 menghadapi masalah pc berbunyi bila tekan power "on". Setakat ini, jarang2 masalah ini berlaku kepada user pc lain.

Apa yang biasa dilakukan adalah dengan menggosok RAM tersebut dengan eraser atau yang sewaktu dengannya. Insyallah lepas itu, pc akan berfungsi seperti biasa. Walaupun begitu, sesetengah kes, ia akan berulang kembali... so, kena la gosok lagi.

ISIS (Wolfgang/amadeus) menggunakan OS Vista

Sekarang ini, dah ada pengguna ISIS (Wolfgang/Amadeus) yang menggunakan PC yang Sistem Pengoperasiannya adalah Windows Vista. Dari segi edit hosts, masih konfigurasi yang sama tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu di semak di Browser IE dan sedikit pengubahsuaian setting di PC.

Bagi konfigurasi pc adalah seperti dibawah.
1) Setting user accounts
- Turn user Account Control Off
- UAC
2)Setting IE
i- Pop-up Blocker - Turn of Pop-up Blocker
ii- Manage Add-Ons Show - Downloaded Active X Control (32bit)
iii- Internet Options
A) Security
a) Internet
- All enable except
- Phishing Filter - Disable
- Use Pop-up Blocker - Disable
b) Local Intranet
- All enable except
- Phishing Filter - Disable
- Use Pop-up Blocker - Disable
3) Refresh the setting IE.
4) Mulakan dengan menaip laman web di server amadeus/isis/isislogin.htm ( ini untuk download skrin login)
- Klik Yes untuk proses seterusnya
5) Keluar dari amadeus kemudian
6) Masuk ke server wolfgang
- Klik Yes bagi mesej "Confirm File Replace"

Buat masa ini, hanya 26 skrin yang boleh diakses sekiranya menggunakan Vista.

Awal2, leceh jugak sebab tak biasa... lepas tu ok la... tapi kalau rasa susah, stick to XP's pc... confirm tiada masalah.

Lotus Notes - "Invalid Data Structure"

Pernahkah anda berhadapan dengan error message seperti di atas?? Ianya berlaku apabila anda ingin menekan butang 'send' email lotus notes anda. Kemudian anda terpaksa tekan 'cancel' sebelum boleh ke skrin yang lain. Dan kemudian anda send lagi sekali kerana anda ingat email yang sebelumnya itu tidak di hantar. Tapi kalau anda check di folder "Sent", ada 2 entry utk sent item yang sama.

Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, apa yang perlu anda buat ialah"Replace Design" utk database anda. Lazimnya, user akan call ke Call Centre USMB, namun sebenarnya anda boleh 'troubleshoot' sendiri jika ada error seperti ini.

Caranya adalah dengan :-
  • select file -> database -> Replace Design
  • di template server, select : trg2/SERVER/UiTM
  • Scroll dan select Mail (R7)* ; pastikan di about dipaparkan filename : mail7.ntf
  • Tekan butang "Replace"
note:
*by default design utk mail Lotus Notes R7 adalah Domino Web Access 7 (dwa7.ntf)

Monday, May 12, 2008

Forwarding address from Lotus Notes

Email Lotus Notes diwujudkan sebagai email rasmi jabatan. Walau bagaimanapun, ada sesetengah dari kita lebih suka menggunakan email peribadi seperti yahoo, hotmail, gmail dan sebagainya sebagai primary mail hosting. Lebih-lebih lagi, email address peribadi lebih mudah diingati compared to official email.

Untuk itu, sebenarnya, kita boleh forward email yang dihantar ke mailbox rasmi jabatan terus ke mailbox yahoo atau gmail atau hotmail. Jadi, dengan cara ini, anda boleh terima email jabatan terus ke mailbox peribadi anda walau di mana anda mengaksesnya.

Anda perlu edit personal profile anda di UiTM's Address Book dan add email address personal di ruangan "forwarding address". Walaupun begitu, buat masa ini, hanya Administrator sahaja yang boleh mengemaskini person profile tersebut. Oleh itu, sesiapa yang ingin mencuba, boleh berhubung dengan OA Terengganu.

Wednesday, May 7, 2008

Lotus Notes - Open Calendar for Pengarah

Lotus Notes bukan sahaja menyediakan kemudahan email malahan turut menyediakan kemudahan Calendaring. Lotus Notes Calendaring memudahkan pengguna Lotus Notes untuk merangka atau merancang sesuatu event. Most of the event biasanya, seboleh2nya kita mahu Pengarah untuk turut serta. Jadi, bagaimana untuk mengetahui Pengarah 'free' pada tarikh yang kita pilih untuk sesuatu event?

Caranya, dengan menggunakan Lotus Notes di pc anda, pilih Calendar. Kemudian, klik butang "tools" dan select "Open Calendar For..". Skrin Open Calendar akan dipaparkan. Kemudian dengan memastikan Choose address book : UiTM's Address Book, cari nama *Pengarah Kampus

So... anda boleh tahu skedul pengarah, bila masa beliau free atau tidak.. Cara lain, dail Pejabat Pengarah dan dapatkan info dari Setiausaha beliau... :o)

note : * Nama penuh Pengarah Kampus UiTM Terengganu