Wednesday, April 23, 2008

Clone / Ghost

Cara mudah untuk membuat restoring pc. Kalau menggunakan proses format yang biasa, untuk seunit atau 2 unit pc mungkin tiada masalah. Tetapi sekiranya sehingga lebih 10 unit, jenuh jugak nak tunggu.

Salah satu cara yang paling famous digunakan adalah dengan membuat clone/ghost ke atas pc yang sama jenis.

Apa yang diperlukan untuk clone pc??? Sudah tentunya 'Master Disk' perlu diwujudkan terlebih dahulu. Semua program atau application yang perlu untuk pc tersebut hendaklah diinstall terlebih dahulu ke dalam 'master' ini. Dan yang penting sekali, pastikan tiada virus atau worm atau trojan atau apa2 sahaja la yang sewaktu dengannya di dalam 'master' tersebut. Kalau tak, sia2 je la nak clone semua pc dengan 'master' yg ada 'bendasing' tersebut.

keduanya, kita perlukan jugak disket 'ghost'. Macamana nak buat disket 'ghost' ni? Salah satunya boleh la di setup menggunakan program Norton Ghost 2003.

Setelah ada kedua2 tools ni, baru la kita boleh proceed dengan proses peng'klon'an ni. Pastikan disket 'ghost' telah di masukkan ke dalam drive A. 'Master' disk dipasang di slot hard disk, manakala hard disk yang nak di'clone' di pasang di slot CD Drive. Disk ini akan berfungsi sebagai 'slave'.

Di CMOS setup pulak, pastikan di boot order, sistem akan run dulu Drive A:\... By default, kebanyakkan pc memang dah setup camtu... tetapi in case tak cam tu, kena lah setup dulu.

Kemudian, restart la pc semula... dan biar kan sahaja proses berjalan. Ikutlah arahan2 yang dipaparkan semasa proses tersebut berlaku. Dengan proses clone ini, anda boleh format 30 unit pc hanya dengan masa, paling lama pun... 3 jam... sekali ngan pasang casing tu... compare kalau format cara konvensional, 1 unit mahu sampai 1,2 hour.

Ada lg cara yang famous utk buat cloning ni... dengan menggunakan CD image... tp tu lain kali la pulak...

selamat mencuba.

No comments: