Sunday, April 27, 2008

Konfigurasi ISIS (Wolfgang/Amadeus)

Sistem ISIS dibangunkan untuk menguruskan maklumat pelajar secara integrasi dan on-line bagi memudahkan urusan berkaitan pelajar. Dengan adanya sistem ini, pelajar2 seluruh UiTM hendaklah selalu menyemak sebarang perubahan kursus dan pembelajaran melalui Student Portal di URL http://istudent.uitm.edu.my/stp/home/main2.asp.

Disebalik maklumat2 yang dipaparkan untuk pelajar ini, staff dari Bahagian HEA adalah diperlukan membuat pengemaskinian melalui url http://wolfgang/isis. atau http://amadeus/isis

Untuk skrin wolfgang ini, sedikit konfigurasi perlu dibuat sebelum sistem boleh digunakan.
Pertamanya, perlu membuat editing untuk hosts di dir C:\windows\system32\drivers\etc. Dengan menggunakan program notepad, edit file hosts tersebut dengan menambah entry
10.0.10.19 wolfgang
10.0.10.20 amadeus
Pastikan tekan save sebelum exit.

Keduanya, buka Internet Explorer -> tools -> Internet Options -> Security , pastikan untuk Local Intranet, Security level adalah "Low"

Jadi, sekiranya ada masalah "Page cannot be displayed", cubalah semak 2 entry ni... Untuk peringatan, sistem ISIS melalui wolfgang/amadeus ini hanya boleh menggunakan pelayar Internet Explorer sahaja.




2 comments:

Abu Rushd said...

Assalamualaikum. Kandungan web puan begitu baik untuk sajian pembaca. Abu Rushd

http://riquelme-penawarhati.blogspot.com/

NurTx2344 said...

W'salam... terima kasih di atas masa tuan untuk membaca isi kandungan blog saya.