Sunday, April 27, 2008

Error E-Cuti untuk Pegawai yang Meluluskan

Mulai 2008 ini, semua staff di UiTM Terengganu dikehendaki mengisi borang cuti secara online melalui aplikasi E-Cuti di I-Staff Portal. Staff perlu mendaftar dahulu sebelum boleh menggunakan aplikasi ini.

Bagaimana untuk login?? klik sahaja pautan Pendaftaran di URL ini:- http://aplikasi.uitm.edu.my/Portal_I-Staf/skrin/ .

Ikutlah arahan2 yang diberikan dan pastikan maklumat emel anda adalah tepat kerana sistem akan menghantar sebarang jawapan/respon ke mailbox anda.

Untuk sistem E-Cuti, Pegawai yang Melulus kadangkala pernah berhadapan dengan error mesg seperti " The value of the atrribute to, which is currently "....../Tganu/Uitm@uitm is invalid." ketika ingin meluluskan cuti staff di bawah seliaannya. Ini adalah disebabkan maklumat email staff yang ingin memohon cuti tidak tepat atau tidak sah sebagaimana di dalam UiTM'S Address Book (Email Lotus Notes).

Sekiranya berlaku masalah ini, pihak yang memohon cuti hendaklah membuat pengemaskinian atas maklumat peribadi mereka di Sistem Ekiosk Peribadi dan kemaskini kolum Alamat Emel. Boleh semak alamat email melalui UiTM's Address Book di Lotus Notes.

Oleh kerana error mesg ini hanya appear semasa proses meluluskan cuti, maka Pegawai yang Melulus hendaklah memaklumkan perkara ini kepada staff seliaannya. Selagi tidak diedit, selagi itu mesg tersebut akan dipaparkan setiap kali staff tersebut memohon cuti. Untuk makluman, cuti pemohon tetap diluluskan tetapi tiada jawapan kelulusan melalui email akan diterima oleh si pemohon, sebagaimana yang sepatutnya.

No comments: