Wednesday, May 21, 2008

I-Staff Portal - Versi Vista

Bagi pengguna pc OS Vista, mungkin untuk pertama kalinya memasuki sistem i-staff portal akan berhadapan dengan situasi yang agak kurang menyenangkan. Ini kerana OS Vista mempunyai tahap keselamatan yang agak tinggi sekiranya ingin memasuki mana2 laman web. Dengan web filtering la, protected mode lagi, pop-up blocker... jadi user akan banyak di tanya sama ada ingin install atau bagi permission untuk setiap link yang ingin dibuka. Lebih2 lagi jika melibatkan ActiveX scripting.

Walaupun begitu, banyak kes, ianya hanya berlaku sekali sahaja. Pastikan sekiranya ada message di ruangan bar pelayar, baca arahan tersebut. Untuk menggunakan i-staff portal, anda memang perlu install Java dan juga Adobe Flash Player. Selagi kedua2 program ini tidak di install ke dalam pc Vista anda, setiap kali itu lah akan dipaparkan message tersebut di bar pelayar dan anda tidak akan dapat akses ke portal tersebut.

Bagi pengguna i-staff portal yang ada authority untuk akses "sistem pengurusan maklumat", anda akan berhadapan dengan masalah untuk memaparkan paparan laporan kerana format laporan menggunakan perisian ColdFusion (cfm) yang mana pelayar anda akan mengkategorikan skrin ini sebagai satu 'Pop Up'. Oleh itu, setiap kali untuk paparan anda kena allows pop up tersebut.

Salah satu shortcut yang boleh anda buat untuk case seperti ini ini adalah dengan memberi permission untuk url ini dipaparkan tanpa perlu anda klik message bar setiap kali untuk laporan tersebut. Caranya dengan memilih option " Always allows pop up from.." dari message bar tersebut dan anda masukkan URL http://aplikasi.uitm.edu.my , dan tekan butang "Allow".

No comments: