Tuesday, May 13, 2008

Lotus Notes - "Invalid Data Structure"

Pernahkah anda berhadapan dengan error message seperti di atas?? Ianya berlaku apabila anda ingin menekan butang 'send' email lotus notes anda. Kemudian anda terpaksa tekan 'cancel' sebelum boleh ke skrin yang lain. Dan kemudian anda send lagi sekali kerana anda ingat email yang sebelumnya itu tidak di hantar. Tapi kalau anda check di folder "Sent", ada 2 entry utk sent item yang sama.

Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, apa yang perlu anda buat ialah"Replace Design" utk database anda. Lazimnya, user akan call ke Call Centre USMB, namun sebenarnya anda boleh 'troubleshoot' sendiri jika ada error seperti ini.

Caranya adalah dengan :-
  • select file -> database -> Replace Design
  • di template server, select : trg2/SERVER/UiTM
  • Scroll dan select Mail (R7)* ; pastikan di about dipaparkan filename : mail7.ntf
  • Tekan butang "Replace"
note:
*by default design utk mail Lotus Notes R7 adalah Domino Web Access 7 (dwa7.ntf)

No comments: